Webinar Insan Rabbani: Konsep, Konstruk, Ciri dan Pentaksiran

Pada 28 Ogos yang lepas, webinar anjuran Unit R&D IKRAM Musleh telah berjaya menghasilkan satu semakan semula kepada komponen asas dalam Falsafah Pendidikan Islam iaitu komponen Insan Rabbani dari sudut Konsep, Konstruk-konstruk, Subkonstruk/Dimensi dan Ciri-Ciri serta peranan penting Pentaksiran dalam Kemenjadian Insan Rabbani. Moga-moga Allah swt memberkati dan meredhoi solihul a’mal kita – amiin ya […]

SKIPS: SMI Hidayah Johor Bahru Raih 5 Bintang, 7 Lagi Diiktiraf 4 Bintang

PUTRAJAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru berjaya meraih penarafan 5 bintang untuk Sijil Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) daripada keseluruhan 37 buah sekolah menengah agama swasta yang dinilai oleh Bahagian Pendidikan Swasta, KPM untuk sijil berkenaan. Kejayaan SMI Hidayah, Johor Bahru menerima pengiktirafan itu diumumkan dalam sebuah […]

Webinar Menangani Isu Gangguan Seksual, Pornografi dan Ikhtilat dalam Kalangan Murid

SERI KEMBANGAN, 26 Apr – Bertujuan memberi pendedahan kepada guru-guru di sekolah tentang mekanisme yang boleh diambil dalam menangani isu gangguan seksual, pornografi dan ikhtilat dalam kalangan murid, satu webinar anjuran Sektor Sokongan dan Pembangunan Murid (SSPM) Musleh telah diadakan pada Rabu secara dalam talian. Dalam perkembangan sama, perbincangan turut fokus untuk memberi pendedahan awal […]

LKD ke-15 Bermula

HULU LANGAT, 23 April – Para pelajar lepasan rangkaian sekolah-sekolah menengah Musleh pada ketika ini sedang menjalani Latihan Kader Duat (LKD) yang telah pun bermula pada 20 April lalu di Impian Rimba Resort di sini. LKD berkenaan dijangka tamat pada 8 Mei depan dan dianjurkan sebagai persediaan sebelum para pelajar memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam […]

Pengurusan Kepimpinan Kokurikulum Sasar Pembangunan Guru, Pengembangan Bakat Murid

SERI KEMBANGAN – Menyedari kepentingan penyampaian maklumat yang berkesan dalam memastikan perancangan dan pelaksanaan aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik, Sektor Kokurikulum Musleh dan Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRS MUSLEH) telah menganjurkan Perhimpunan Tahunan Pengurusan Kepimpinan Kokurikulum yang dihadiri oleh semua Guru Besar, Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum sekolah-sekolah rangkaian dan rakan Musleh pada Jumaat dan […]

Lawatan Penanda Aras Buka Ruang Kerjasama

SERI KEMBANGAN – Bagi membincangkan usaha-usaha penanda aras, kesetaraan kualiti program-program berkaitan pengurusan dan membina jaringan kerjasama, Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Genting Highland telah mengadakan lawatan ke Pejabat Urusan Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) pada Rabu, 28 Februari lalu di sini. Delegasi lawatan dari IAB Cawangan Genting Highland itu telah diketuai oleh Timbalan Pengarah […]

2008 Calon Terima Keputusan SPPIM (SRI) 2023

SERI KEMBANGAN – Seramai 2008 calon dari keseluruhan 34 buah Sekolah Rendah Islam rangkaian IKRAM Musleh menerima keputusan rasmi Syahadah Pentaksiran Pelajar IKRAM Musleh (SPPIM) 2023 di sekolah masing-masing semalam dan layak mendapat sijil. Rata-ratanya menerima keputusan peperiksaan berkenaan sambil diiringi oleh ibu bapa masing-masing. Kesemua 34 buah sekolah rendah berkenaan mendapat gred purata sekolah […]

PRINT V Ketengah Semangat Perpaduan Melalui Aktiviti Silang Budaya

KUALA KUBU BHARU – Lebih 3 ribu ahli kontinjen yang terdiri daripada anggota Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh dari Malaysia, Pramuka dari Indonesia dan Thailand hadir menyertai Perkhemahan Internasional Kadet Remaja Sekolah Musleh kali yang ke-5 atau singkatannya PRINT V yang telah berlangsung bermula Ahad, 24 Disember lalu sebelum berakhir hari ini di Kem Bina […]

Musleh Terima Kunjungan Delegasi dari Indonesia dan Yaman

SERI KEMBANGAN – Dalam rangka membina hubungan dan berkongsi amalan terbaik pendidikan, Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan delegasi dari Indonesia dan Yaman dalam dua sesi berasingan pada Rabu, 20 Disember di ibu pejabat di sini. Delegasi dari Yayasan Al-Ibrah Gresik, Jawa Timur, Indonesia itu diketuai oleh Ketua Yayasan, H. Sigit Gunawan, S.T. hadir […]