Perbincangan Meja Bulat Insan Rabbani dalam Konteks PAK21

22 Mac, Kuala Lumpur- Alhamdulillah, telah berlangsung satu sesi Perbincangan Meja Bulat Insan Rabbani dalam Konteks Pendidikan Abad Ke-21 di Hotel Putra, Kuala Lumpur hari ini.

Para pembentang kertas kerja adalah Prof. Madya Dr. Ajmain @ Jimaain Safar (Kupasan Mengenai Pentakrifan Insan Rabbani), YBhg. Ustaz Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad (Contoh-contoh Insan Rabbani Dari Sudut Sejarah dan Kontemporari) dan Prof Dato' Dr Ab Halim Tamuri (Insan Rabbani dalam Konteks Abad ke21 dan Seterusnya).

Turut hadir dalam sesi perbincangan berkenaan adalah Dr Noor Azlan Ahmad Zanzali, Prof Dr Rosnani Hashim, Prof Dr. Mohamed Hatta Shaharom, Prof Zainal Abidin Kidam, Dr Maszlee Malik, Ustazah Maznah Daud, Ustazah Arpah Abdul Wahab, Ustaz Abd Muhaimin Mohammad Shahar, Dr Khodori Ahmad dan Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor.

Secara umumnya, perbincangan merumuskan bahawa pentakrifan Insan Rabbani perlu dimurnikan dengan mengambil kira konteks Pendidikan Abad Ke-21 (PAK21) dan 10 muwassofat muslim anjuran Imam Hassan al-Banna sebagai teras. Perbincangan seterusnya akan diadakan dalam masa terdekat melibatkan pemegangtaroh-pemegangtaroh utama pendidikan IKRAM, insya-Allah.

Usahasama Untuk Bina Sekolah Bertaraf Dunia

Wakil rombongan dari IKRAM Musleh bergambar bersama Dato' Freida Mohd Pilus (empat dari kiri), Founder dan Mentor Cempaka Schools.

28 Feb, Damansara Heights - Telah berlangsung satu perbincangan dan pertemuan khas antara pihak IKRAM Musleh dan Dato' Freida Mohd Pilus, Founder dan Mentor Cempaka Schools, Damansara dan Cheras. Antara yang hadir dari IKRAM Musleh termasuklah Puan Hjh Kamaliah Noordin, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor, Dr Noor Azlan Ahmad Zanzali, Hj Abdul Aziz Basri dan Hj Che Azmi di sini pagi tadi.

Ia bertujuan meninjau satu bentuk kerjasama antara kedua-dua pihak bagi membangunkan sebuah "World Class International Islamic School". Konsep dan model pengoperasiannya telah dibincangkan dan bahkan konsep Model School IKRAM Musleh turut dibentangkan oleh wakil IKRAM Musleh, Puan Hjh Kamaliah Noordin.

Perbincangan susulan masih amat perlu diadakan dalam masa terdekat dengan syor yang lebih konkrit mengenai konsep, model pengoperasian dan MOU.

Moga-moga Allah swt menjayakan usaha-usaha kita dalam menerajui pengislahan pendidikan di peringkat lokal dan global melalui projek ini.