×

Notice

One of the files that is needed for the correct operation of the System - CW Gears plugin appears to be missing! Please install a fresh copy of the latest version to fix this issue.

IKRAM Musleh Komited Lahirkan Murabbi Qudwah Demi Kelestarian Dakwah

 Projek Murabbi Qudwah 2017

Projek Murabbi Qudwah 2017 2

Seri Kembangan - Projek Murabbi Qudwah angkatan pertama telah sempurna dilaksanakan di sini semalam. Turut hadir dalam Majlis Penutupan Projek Murabbi Qudwah adalah Presiden IKRAM, Ustaz Dr. Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad yang sekaligus telah melangsungrasmikan Majlis Penutupan tersebut. Projek ini merupakan anjuran JK Tarbiyah dengan kerjasama IKRAM-MUSLEH. Daurah khusus intensif ini telah mengambil masa 10 hari. 60 orang pendidik (jumlah berdaftar 70 orang) dari seluruh SRI-SMI rangkaian/rakan IKRAM Musleh telah berjaya memenuhi syarat graduasi.

Antara objektif projek ini dijalankan adalah untuk membina kemampuan dan membentuk sekumpulan pendokong tarbiyah di SRI-SMI untuk membantu pentarbiyahan di peringkat sekolah, menyediakan tunggak tarbiyah yang mencukupi di setiap sekolah agar menjadi rujukan dalam menyelesaikan masalah-masalah dan isu-isu berkaitan tugas-tugas pentarbiyahan serta mempermudah perkongsian kepakaran dan pengalaman tarbawi di antara SRI-SMI di peringkat nasional agar dapat memperteguh kerjasama dalam mengatasi segala kepayahan, permasalahan dan mencari penyelesaiannya.

Moga-moga Allah swt memberkati usaha kita dalam memperkasa proses pentarbiyahan di SRI-SMI.

Projek IQRA Bakal Jadi Alternatif kepada PISA dan TIMMS

[Focus Group Discussion tentang International Quality Range Assessment]

Kuala Lumpur - Telah berlangsung Focus Group Discussion untuk projek International Quality Range Assessment (IQRA) di sini semalam

IQRA adalah satu projek pentaksiran pelajar peringkat international bagi pelajar-pelajar berumur 15 tahun. Ia digubal bagi melihat kemenjadian pelajar dari sudut 10 muwasofat tarbiah seperti mana dalam manhaj tarbiah yang sedang dilaksanakan di SRI-SMI. Ia dijangkakan akan menjadi alternatif kepada PISA (https://www.oecd.org/pisa/aboutpisa/) dan TIMMS (http://timssandpirls.bc.edu).

Focus Group Discussion (FGD) tersebut telah dihadiri oleh beberapa orang pakar akademik dan pendidikan serta wakil-wakil NGO pendidikan dari Indonesia, Thailand, Pakistan dan Sri Lanka bagi memberi maklum balas kepada laporan projek rintis IQRA yang telah dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah rangkaian IKRAM Musleh pada tahun 2016.

Hasil daripada FGD yang berlangsung selama 5 jam tersebut sejak jam 8 pagi, kesemua yang hadir telah merestui projek IQRA ini dan NGO-NGO pendidikan dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Pakistan dan Sri Lanka akan melaksanakannya di tempat masing-masing apabila ia siap sepenuhnya nanti pada tahun 2018.

Syabas!

Majlis Taklimat Tarbiyyah IKRAM Musleh (MTTIM) 2016

Alhamdullillah, pada 7 Disember 2016 bertempat di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur, Majlis Taklimat Tarbiyyah IKRAM Musleh 2016 telah berjaya dilaksanakan. Seramai 290 orang para pendidik dan tenaga kerja sekolah-sekolah rangkaian IKRAM Musleh dari seluruh Malaysia telah menghadiri program tahunan anjuran IKRAM Musleh ini walaupun ia dijalankan pada masa cuti persekolahan. 

Program bermula seawal jam 8 pagi untuk urusan pendaftaran dan kemudian ia diteruskan dengan taklimat Pendisiplinan dari Ustaz Sakijan, taklimat Tarbiyyah dari Ustaz Syeikh Hameed dan akhir sekali dengan taklimat Psikologi dari Pak Utih. Majlis taklimat ini kemudian diakhiri pembentangan resolusi dan tindakan susulan oleh Pengarah Eksekutif IKRAM Musleh, Ustaz Megat Mohamed Amin sebelum masing-masing bersurai pada jam 5 petang. 

Semoga program ini berjaya mencapai hadafnya untuk manfaat dan kebaikan bersama dalam bidang pendidikan ini. 

 

Majlis Taklimat Tarbiah Ikram Musleh 2014

IMG-20141204-WA0003

 

Kuala Lumpur - Telah berlangsung Majlis Taklimat Tarbiah Ikram Musleh di Wisma Sejarah pada 10 Disember dengan tema "Bersama Memperkasa Pentarbiahan & Pendidikan IKRAM". Objektif utama program ini adalah seperti berikut :

1. Meningkatkan aktivisma memperkasakan proses pentarbiahan dan pendidikan di sekolah rangkaian Ikram Musleh dalam kalangan pendidik dan staff.

2. Meningkatkan ukhuwah islamiah dan kebersamaan dalam kalangan pendidik IKRAM.

Peserta dihadiri daripada semua sekolah rendah dan menengah rangkaian Ikram Musleh seluruh Malaysia. Semoga Allah memberkati segala usaha dan amalan kita semua - amiin-

10849927 768572893213898 7844291954417422997 n       10849756 768572956547225 9175557439143978885 n

10849904 768573066547214 1632318339451707398 n         10301941 768573786547142 2098828185609420141 n