×

Notice

One of the files that is needed for the correct operation of the System - CW Gears plugin appears to be missing! Please install a fresh copy of the latest version to fix this issue.

48 Buah Sekolah Sertai Karnival Amal Islami IKRAM Musleh 2018

SMI Hidayah Johor Bahru merangkul Johan bagi Pertandingan Nasyid Karnival Amal Islami IKRAM Musleh bagi kategori sekolah menengah

 

13 Mei, Behrang - Telah berlangsung Karnival Amal Islami IKRAM Musleh (KAIIM) pada 11-13 Mei 2018 yang lalu bertempat di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak. Seramai 1, 536 orang menyertai program ini dari 32 buah Sekolah Rendah Islam dan 14 buah Sekolah Menengah Islam rangkaian IKRAM Musleh.

Antara acara-acara yang telah dipertandingkan ialah tilawah Al-Quran, menulis khat, syarahan, pengucapan awam, bicara berirama, hafazan dan nasyid. Pada pertandingan kali ini, para juri yang terdiri daripada guru-guru Sekolah IKRAM Musleh telah dibimbing, diselia dan dipantau secara khusus oleh 5 orang pensyarah dari IPG Tunku Bainun, Seberang Perai, Pulau Pinang yang mana mereka mempunyai pengalaman sebagai hakim-hakim Pertandingan Amal Islami Peringkat Kebangsaan.

Layari laman sesawang rasmi Karnival Amal Islami IKRAM Musleh di pautan https://www.facebook.com/amalislamimusleh/ untuk menonton video dan melihat foto-foto aktiviti sepanjang KAIIM'18 berjalan dan mengetahui keputusan penuh pertandingan-pertandingan yang diadakan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya.