Friday
Sep 10th
  • Log masuk
  • Sign up
    Pendaftaran Ahli
    Bahagian yang bertanda (*) adalah wajib disi.
    Nama: *
    Nama Pengguna: *
    E-mail: *
    Katalaluan: *
    Sahkan Katalaluan: *
  • Search
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Utama arrow Profail arrow Perkhemahan Nasional Kadet Remaja Sekolah MUSLEH (KRS MUSLEH) 2009 – PRINT09
Perkhemahan Nasional Kadet Remaja Sekolah MUSLEH (KRS MUSLEH) 2009 – PRINT09
ImagePusat Pendidikan SRI-SMI Bhd (MUSLEH) telah berjaya menganjurkan Perkhemahan Nasional Kadet Remaja Sekolah MUSLEH (KRS MUSLEH) 2009 (PRINT’09) pada 21hb-24hb Disember 2009 bertempat di The Woods, Jalan Ulu Yam, Selangor, Malaysia.

Program empat hari ini dianjurkan bersama dengan Rangkaian Pendidikan Islam (RAPI) dan International Centre for Educational Excellence (ICEE).
Program ini merupakan medan bagi membina barisan pimpinan negara yang beriman, berilmu, berkemampuan dan berakhlak tinggi; mencontohi qudwah hasanah yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabah r.a. Program ini lantas menjadi medan pertemuan, perbincangan dan perkongsian pengalaman di antara penyelidik, penggiat, pengusaha dan pihak yang berkepentingan dalam sistem pendidikan Islam negara dan serantau.

Secara khususnya, program ini telah berjaya mencapai tujuannya iaitu merapatkan ikatan silaturahim dan ukhuwwah islamiah antara anggota dalam dan luar negara, mengadakan aktiviti berbentuk pertunjukan dan pertandingan kemahiran hidup dan survival, mengadakan lawatan sambil belajar dan ziarah, mengadakan pengisian kebudayaan dan IT, mengadakan program khidmat masyarakat, memberi peluang menambah mata dalam markah ko-kurikulum dan memasyhurkan KRS MUSLEH.

PRINT09 ini telah menghimpunkan lebih 1200 orang peserta dan pegawai dari sekolah-sekolah jaringan MUSLEH, Sekolah Islam Adni, JSIT, Indonesia dan Yala Islamic College, Thailand. Kontingen Indonesia telah menghantar 40 Pramuka Puteri dan 40 Pramuka Putera disertai 20 pegawai pengiring.
 
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Y.B. Hj Dr. Mohd Puad Zarkashi, dalam ucapan perasmiannya telah melahirkan keyakinan bahawa pendidikan yang dikendalikan oleh jaringan sekolah-sekolah MUSLEH mampu untuk mendidik murid-murid dan pelajar-pelajar keluar dari kemelut the captive mind atau minda yang terpenjara. Kata beliau, walaupun ramai pelajar cemerlang dalam pencapaian akademik tetapi mereka terperangkap dalam penjara minda. Ada dua mata tetapi hanya mampu melihat dengan satu mata sahaja. Ada dua telinga tetapi hanya mampu mendengar dengan satu telinga sahaja.

Y.B. Timbalan Menteri juga menegaskan betapa pentingnya melahirkan anak-anak kita yang beradab; bermula dengan beradab pada dirinya sendiri. Apabila mereka berbohong atau terlibat dalam rasuah misalnya, maka mereka sudah tidak beradab pada diri mereka sendiri.

Pihak KPM dan beliau secara peribadi amat komited dalam misi ini untuk melahirkan anak-anak para pelajar yang berakhlak tinggi dan profesional ke arah membangun modal insan demi kemajuan negara.

Oleh itu, pihak KPM akan memberi keutamaan kepada penglibatan para pelajar dalam bidang kokurikulum. Sistem pentaksiran pelajar pula sedang dikaji semula oleh KPM bagi tujuan ini.
 
Tema perkhemahan kali ini adalah “Satu Rumpun Satu Matlamat”.

Mejar KRSM Abdul Rahaim Md Isa dalam ucapan aluan selaku Pengarah PRINT09 menegaskan bahawa badan KRS MUSLEH adalah sebahagian dari program pendidikan MUSLEH ke arah membangunkan kepemimpinan pelajar yang mampu menghadapi cabaran-cabaran mendatang.

Sila layari blog kejohanan di http://krsmusleh.blogspot.com/ untuk maklumat terkini.
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Advertisement

Kalender Aktiviti

« < September 2010 > »
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3

E-Book MUSLEH

ebook
  
Awfa Technologies 
Menawarkan aplikasi berasaskan web bagi pentadbiran dan pengurusan sekolah. Segalanya mudah, pantas & efektif 

SPPM Musleh

sppm

Pengunjung MUSLEH

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini70
mod_vvisit_counterSemalam235
mod_vvisit_counterBulan ini2511
mod_vvisit_counterKeseluruhan162457