Friday
Sep 10th
  • Log masuk
  • Sign up
    Pendaftaran Ahli
    Bahagian yang bertanda (*) adalah wajib disi.
    Nama: *
    Nama Pengguna: *
    E-mail: *
    Katalaluan: *
    Sahkan Katalaluan: *
  • Search
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Utama arrow Profail arrow Perkhemahan Perdana KRS Peringkat Kebangsaan Kali Ke-10 2010
Perkhemahan Perdana KRS Peringkat Kebangsaan Kali Ke-10 2010

ImageAssalamu alaikum

Disediakan oleh : Abd Rahaim bin Md Isa – Pengerusi KRS MUSLEH

Ana ingin berkongsi sedikit laporan mengenai program PERKHEMAHAN PERDANA KRS PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-10 2010 yang telah diadakan pada 28hb JUN – 2hb JULAI 2010 di Pusat Latihan Unit Beruniform Kg Terusan Juasseh Kuala Pilah Negeri Sembilan
Buat pertama kalinya KRS MUSLEH dijemput untuk menyertai perkhemahan di atas yang dianjurkan oleh Bahagian Ko-Kurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Penyertaan pada perkhemahan ini ialah sebanyak 17 kontinjen termasuk kontinjen KRS MUSLEH.

Kontinjen KRS MUSLEH seramai 40 orang anggota terdiri daripada 21 syabab dan 19 fatayat. Pegawai pengiring seramai 4 orang iaitu 2 lelaki dan 2 wanita. Kontinjen mula berkumpul di SMIAA Bangi pada 26 JUN 2010. Pegawai yang terlibat ialah Mejar KRS Soleh, Mejar KRS Wardah, Mejar KRS Madihah dan Left Muda Azri. Semua SMI menghantar wakil peserta kecuali SMIAA Gombak dan SM Hira’ Shah Alam.
Bermula daripada masa pendaftaran, kehadiran KRS MUSLEH sudah mula dirasai dari segi penampilan berpakaian terutama fatayat.  Hari demi hari kehadiran kita mewarnai perkhemahan kali ini.
Di dalam perkhemahan ini, sebanyak 5 pertandingan dan satu persembahan diadakan. Selain dari itu, forum, lawatan dan khidmat masyarakat juga diadakan. Penglibatan anggota KRS MUSLEH dalam aktiviti surau sangat membanggakan kerana mereka adalah jemaah yang pertama hadir setiap waktu dan menyumbangkan khidmat imam solat. Kelaziman anggota dalam aktiviti hirasah setiap malam dengan tilawatul Quran dan solat malam adalah sesuatu yang baru kerana aktiviti anggota kontinjen negeri2 yang lain di waktu malam selepas program hanya bersembang, bergelak ketawa dan tidur.
Pakaian fatayat menjadi tarikan ramai pegawai kontinjen yang lain kerana penampilan yang berbeza. Ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara pemakaian tudung dan pangkat.
Kontinjen kita menyertai semua pertandingan dan keputusannya adalah seperti berikut :
1.      Pertandingan Bantu Mula (puteri)            - Naib Johan
2.      Pertandingan Orienteering (putera)         - Naib Johan
3.      Pertandingan Orienteering (puteri)          - Naib Johan
4.      Pertandingan Kawad Kaki (putera)          - tempat ke-5
Bagi acara-acara yang lain, kita masih kurang berpengalaman dari segi strategi untuk menang dan masa untuk latihan yang sangat singkat. Rata-rata kontinjen memuji kontinjen KRS MUSLEH kerana mampu bersaing walaupun kali pertama menyertainya.
Bagi pegawai-pegawai yang agak komited dengan adab-adab dan akhlaq Islam, mereka menganggap bahawa penyertaan KRS MUSLEH sebagai “penyelamat” kepada KRS Malaysia dan inilah yang kita akan bawa sebagai satu MISI khas KRS MUSLEH.

Sila layari blog untuk maklumat lanjut http://latihankader duat.blogspot. com/
 
Berikutnya >
Advertisement

Kalender Aktiviti

« < September 2010 > »
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3

E-Book MUSLEH

ebook
  
Awfa Technologies 
Menawarkan aplikasi berasaskan web bagi pentadbiran dan pengurusan sekolah. Segalanya mudah, pantas & efektif 

SPPM Musleh

sppm

Pengunjung MUSLEH

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini58
mod_vvisit_counterSemalam235
mod_vvisit_counterBulan ini2499
mod_vvisit_counterKeseluruhan162446