Pusat Pendidikan SRI-SMI Musleh

flickr facebook twitter digg stumbleupon feed

Kursus Kepengetuaan

  • PDF

                                                                  alt

Alhamdulillah, kini sedang berlangsungnya Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan anjuran IKRAM Musleh dengan kerjasama Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands. Kursus ini akan berlangsung bermula 27 Januari 2013 sehingga 8 Februari 2013 iaitu sekitar 2 minggu. Kursus ini adalah terbuka kepada semua sekolah rangkaian IKRAM Musleh dan juga beberapa sekolah luar seperti SRI/SMI Al-Farabi dan SMI Ibnu Khaldun serta SR Integrasi Al-Furqan Shah Alam. Seramai 31 peserta hadir menyertai kursus ini. Peserta kursus adalah terdiri daripada Guru Besar, Pengetua dan juga Guru Penolong Kanan. Objektif atau matlamat kursus ini dilaksanakan adalah seperti berikut:
1) Memahami asas pengurusan dan kepimpinana serta kemahiran-kemahiran yagn pentingsebagai pengurus dan pemimpin sesebuah organisasi.
2) Memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas tentang pengurusan kurikulum dan peranannya sebagai pemimpin instruksional.
3) Memahami tentang pengurusan ko-kurikulum dan pengurusan hal ehwal murid untuk perkembangan pelajar secara menyeluruhdan kesejahteraanya.
4) Memahami pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan kewangan dan pentadbiran dengan cekap dan berkesan.’
5) Memahami dan menghayati pentingnya pengurusan persekitaran dan kemudahan fizikal dengan cekap dan berkesan untuk kepentingan pengajaran dan pembelajaran.
6) Memahami pengurusan dan pembangunan sumber manusia dengan cekap dan berkesan secara berterusan demi meningkatkan tahap profesioanalisme staf.
7) Kemahiran dalam pengurusan hubungan luar secara perkongsian pintar.
8) Memahami peranan sebagai pengurus sekolah dalam konteks tugas dan tanggungjawab.
9) Memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas tentang pengurusan pendidikan.
27 Januari 2013 – Pendaftaran peserta bermula jam 2.15 petang sehingga jam 4.15 petang. Setiap peserta diberikan 1 bilik yang sangat selesa dan kemudahan-kemudahan yang mencukupi. Pada asalnya, taklimat daripada pihak IAB akan diadakan pada malam tersebut, namun begitu terdapat sedikit kekangan menyebabkan taklimat tersebut harus ditunda pada keesokan harinya. Alhamdulillah, makan malam yang disediakan adalah memuaskan.
28 Januari 2013 – Aktiviti pada hari ini diteruskan dengan solat subuh berjemaah di Balai Islam Asrama Induk IAB dan disusuli dengan bacaan mathurat yang dibimbing oleh Ustaz Abd Rahaim Md Isa. Selepas selesai sarapan pagi, peserta bersegera menuju ke bilik kuliah bertempat di Menara IAB di bililk L316. Pagi ini adalah sesi taklimat daripada pihak IAB yang dipimpin oleh Tn. Hj. Md Yusof Ali berkaitan kursus sepanjang 2 minggu dan juga ucapan daripada Ketua Pegawai Opearsi IKRAM-Musleh Ustaz Megat Mohamed Amin bin Megat Mohamed Nor. Beliau menyampaikan beberapa amanat sebagai panduan kepada peserta. Antara inti ucapan beliau adalah kita perlulah menjaga hubungan ukhuwah islamiyyah sesama kita, usaha kita perlu laksanakan secara luarbiasa (lebihkan amal daripada bercakap sahaja) dan bersabar dalam semua perkara. Beliau turut menyebut peranan pemimpin pendidik islam adalah menentukan halatuju, melaksanakan pengurusan dan menjadi qudwah hasanah kepada guru, pelajar, ibubapa dan masyarakat. Harapan terakhir beliau ialah guru-guru mestilah ikhlas dan istiqamah dalam mendidik dan melaksanakan pendidikan sehinggalah mencapai keberkatan juga bersyura dalam membuat sebarang keputusan dan mematahi keputusan tersebut.
                                                              alt
                                                                                      
                                                                                    alt
You are here: Home